BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »


Saturday, November 21, 2009

KISAH CINTAKU


Nak share ttg KEKASIH aku? (aku type huruf besar tu sbb aku terlampau sangat sayang kat DIA! )Penyayang sifatnya. Betul ni..tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku susah, minta tolong sajalah pada DIA. Sure akan datang bantuan.
Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA ->direct! Yang bestnya tu, bila aku dah ngadu kat DIA, terasa peace aje. For surelah…KEKASIH,kan?!
Ish! Beruntung betul dapat KEKASIH cam ni…tak pernah nak sakitkan hati aku. Bila-bila masa aje aku boleh contact DIA. Yang
seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye la, cinta punya pasal, kan? DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA. Tapi rugilah aku. Sebab,kalau aku ingat & contact je DIA, sure macam-macam la yang aku dapat.
Tak kiralah, material ke…spiritual ke…emm memang kekasih sejatilah tu!
Bila aku rindu kat DIA, baca je surat-surat yang DIA bagi tu.Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bagi example lagi nak suruh aku faham. Sebelum ni, aku pernah gak frust. Memang sedih giller la masa tu. Ye la, cinta bagai nak rak, tiba-tiba clash gitu aje.
Tapi KEKASIH aku yg ni lain, DIA tak kisah pun dengan cerita aku frust tu.Siap bagi semangat lagi. DIA takde jeles pun. Cuma aku je yang jeles ngan DIA. Memang ramai yang jatuh cinta ngan DIA. So, aku pun kenalah usaha betul-betul.Kata orang putih… what you give, you get back…so,
kalau aku usaha lebih sikit, aku dapat lebih la, kan?
KEKASIH aku ni baik sangat-sangat. Perfect! Tu yang kadang-kadang aku
tengah-tengah malam …area pukul 3-4 pagi tu pun, kalau aku terjaga, aku sure akan contact DIA. Rindulah! Sebenarnya, KEKASIH aku ni kaya …millionaire…billionaire…dan ntah apa-apa naire lagi… Tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support…caya tak? Free of charge…Tapi aku tak sedap hati la…
mestilah kena hargai apa yang DIA bagi tu, kan?
Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka ke tak suka, amik aje la…pastu pandai-pandailah membalas budi.. tu yang buat aku sanggup berkorban apa sahaja…cheewah!
DIA suruh aku belajar sungguh-sungguh. Kalau boleh belajar semua ilmu.Sebab, KEKASIH aku ni memang cerdik+bijak+genius etc…
DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia.DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar.
Malu la sebenarnya nak cakap ni. Emm…aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagi pun. Belum bersedia la… tapi KEKASIH aku ni dah janji, satu hari nanti, mesti
jumpa. Sekarang ni menghitung hari la aku ni. Tapi kecut perut gak! Takuut! Aku mesti prepare awal-awal. Daripada surat-surat DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang DIA suka, apa yang DIA tak suka.
Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, so that, DIA tambah-tambah sayang la kat aku, kan? Takpe la, berkorban sekarang,
sebab dia dah janji, sapa-sapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun! Ish! Rindu sangat dah ni!
KEKASIHKU..AKU BERJANJI, AKU AKAN PERTAHANKAN CINTA SUCI INI…
WALAU NYAWA DIGALANG GANTIKAN, MENGGADAIKAN CINTA TERAGUNG
INI, TIDAK SAMA SEKALI. WALAUPUN TAK PERNAH BERJUMPA, AKU TETAP BAHAGIA…
_______________________________
ITULAH KEKASIHKU…
ALLAH S.W.T..…
CINTA
TERAGUNGKU!
______________________________
MAY THAT KEKASIH, OUT OF HIS SHEER MERCY, GRANT US ALL THAT TRUE AND PURE LOVE...

ADA
ISTILAH ISLAMIC COUPLE KEW DALAM ISLAM???


pa makna islamic couple 2??
maksudnya couple yg xpernah jumpa n xpernah lakukan pape yg mlanggar hukum syara' la katakan..adakah itu di bolehkn?
just mesej jer...bley x?
utarakan pendapat anda..

kalau enti muslimah,Enti memang tak guna jika......


Send Message View Misz's blog.1. Perempuan yang bergelar muslimah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.

3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan muslimah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat,memperkatakan keabaian saudaranya . Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.

6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.

7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini ”Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik” ‘Tunduk’ di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. “Penyakit dlm hati” adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?

9. Perempuan islam tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak ‘berharga’ dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

10. Jadilah perempuan islam & muslimah yang
B E R G U N A

kalau tuhan 2 baik nape wat nerake???


.Ini kisah benar, Wallahua ' lam...kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ' Membangun Bersama Islam ' , kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.


Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.


Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la... setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat,

"..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan majlis
perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri kedalam neraka..."


Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak bolehsediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu.. dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..


Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:
"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam..hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita
berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga.Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ' lulus ' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga… perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga.. lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ' baik ' . Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.."rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi:

"Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:
"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud.Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita.Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya,untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu '

Friday, November 6, 2009

fenomena sejadah sembahyang



Gambar sejadah berdiri yang heboh dperkatakan 0rg ramai..

FENOMENA sejadah berdiri tiba-tiba menjadi kisah yang paling banyak diperkatakan kebelakangan ini. Ia seolah-olah cuba menunjukkan sesuatu yang tersirat apatah lagi kebanyakan masyarakat di negara ini sangat berminat dengan kisah yang mempunyai unsur mistik sebegini.

Mengikut laporan terbaru mengenai kejadian ini seperti yang disiarkan pada 2 Oktober lepas, sepasang suami isteri terkejut apabila sejadah di bilik sembahyang mereka tiba-tiba berdiri tegak menyerupai orang sedang solat.

Dalam kejadian yang berlaku di Taman Haji Mohd. Amin Bukit Mertajam pada pukul 9.45 malam, Mohamad Shuhaimi Md. Ilias, 26, dan isterinya, Zainab Ramli, 26, berselisih pendapat mengenai kedudukan sebenar kiblat rumah mereka sebelum pergi ke ruang tamu untuk memandikan anak perempuannya manakala isterinya pula pergi menggosok pakaian.

Tidak lama kemudian, Zainab tiba-tiba meluru kepada suaminya dalam keadaan muka pucat dan terkejut dan memberitahu sejadah yang dihamparkan tadi sudah tegak seperti orang sedang solat antara dua sujud.

Suaminya kemudian menghubungi keluarga dan jiran terdekat yang kemudian datang dengan kompas untuk membuat ukuran dan ternyata kedudukan sejadah itu tepat menghala ke arah kiblat.

Lebih mengejutkan berita mengenai kejadian itu tersebar begitu cepat sehingga ada orang awam dari merata tempat termasuk Kuala Lumpur yang sanggup datang untuk menyaksikannya.

Namun perkara ini berakhir setelah dua pegawai daripada Jabatan Agama Islam negeri menasihat agar sejadah itu dilipat bagi mengelak daripada berlaku perkara khurafat yang boleh menyesatkan akidah umat Islam.

Bagi pasangan suami isteri ini mereka percaya ada hikmah di sebalik kejadian itu dan menganggapnya sebagai tanda kekuasaan Allah SWT.

Peristiwa sama turut dialami oleh seorang wanita yang singgah di Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu untuk menunaikan solat di Masjid Kristal namun terkejut apabila melihat dua helai sejadah tiba-tiba bercantum sebelum 'bangkit berdiri' di sisinya pada awal Julai lepas.

Pada awalnya kakitangan kerajaan berasal dari Dungun yang tidak mahu dikenali itu menyangka objek tersebut hanya bayang jemaah lain yang mendirikan solat di sebelah kirinya.

Namun setelah selesai solat, wanita itu terkejut apabila melihat dua helai sejadah bercantum dalam keadaan menegak seolah-olah berdiri.

Menurutnya, pengalaman pelik itu amat luar biasa dan bersyukur kerana 'terpilih' menyaksikannya.

Seorang petugas di Masjid Kristal menjelaskan, kejadian tersebut mungkin ada kaitan dengan jin Islam kerana sebelum ini seorang wanita mengadu mengenai kejadian yang hampir sama.

Pada bulan September lalu kejadian sama berlaku di Kampung Tok Sangkut, Repek Pasir Mas serta di Meru pada Februari 2008. Sebelum itu pernah disiarkan dalam You tube kejadian yang sama terjadi di Muscat, Oman. Itu merupakan antara beberapa kejadian yang berlaku berkaitan dengan fenomena sejadah berdiri.

Rata-rata berpandangan kejadian sejadah berdiri ini yang tidak mampu dihuraikan oleh akal adalah tanda dan petunjuk kebesaran Tuhan. Allah boleh melakukan apa sahaja. Segala kejadian alam, langit dan bumi, siang dan malam adalah antara tanda-tanda kebesaran Tuhan.

Ada pula yang berpandangan kejadian pelik sebegini adalah cara Tuhan memperli atau berlaku sinis kepada manusia. Jika dengan ilmu, kefahaman dan pimpinan guru pun manusia tidak mahu sembahyang, maka kita didedahkan dengan kejadian sejadah yang tidak bernyawa sedang sembahyang

kartun POKEMON


BAHAYA NYA KARTUN POKEMON.....DAN BINATANG-BINATANG YANG ADE DALAMNYER...pokemon BERMAKSUD SYE YAHUDI...pikachu BERMAKSUD JADILAH SEORANG YAHUDI...charmander BERMAKSUD ALLAH ITU LEMAH....NAUZUBILLAH...>JADI,,,tolong sebarkan lah kepada rakan2 korang semue>SEMUA ORANG..!!!!!!!!!!

akhir zaman...


salam-
bacer nie...semalam ,,,,siaran di NEGERI PAHANG...tergempar ramai orang terdengar dentuman yang sangat kuat disusuli gempa bumi selama 3 minit,mungkin ini tanda2nya..>kepada semua yg bergelar muslim,hari nie pakar meteorologi bahagian bunyi dari rusia mendapati satu bunyi ganjil seperti ngauman raksasa dr bawah mantel bumi.oleh itu,ktedisuruh sentiasa tidak behenti azan dan solat,sebarkan ke semua umat islam yg lain..AMANAH!!!wallahuaqlam.......KTE YG MENENTUKAN DIRI KTA jgan skip utk bce ny...sebarkan kalu sayang pd islam.

islam zaman sekarang

orang islam zaman sekarang hanya lah islam atas nama,kertas hitam putih dan warisan tp bukan lah daripada hati..bukan lah daripada hati yg berakhidah dan berakhlak tapi,dr hati yg penooh dgn kemaksiatan